JustForex

Cerita Lawak : Pak Pandir Ke Kebun


Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah. 
"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa. 
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?"
Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

Cerita Lawak : Siaran Hitam Putih


Gopal dan Budin tinggal bersama di sebuah rumah bujang. Mereka berniaga sebagai penjual barangan terpakai. 

Gopal pandai membaiki perabot, manakala Budin pula pakar membaiki barangan elektrik. Jika ada perabot yang ingin dibaiki, Budin akan menyerahkan tugas itu kepada Gopal. 

Begitu jugalah sebaliknya jika ada barangan elektrik yang rosak, Gopal akan menyerahkan tugas itu kepada Budin. 

Barangan terpakai yang mereka perolehi sama ada perabot ataupun barangan elektrik, akan dibaiki terlebih dahulu sebelum dijual kepada pelanggan. 

Satu malam sekitar pukul 3 pagi, ketika Budin sedang nyenyak tidur, Gopal mengejutkan Budin dan memintanya membaiki televisyen. 

Gopal: Budin, bangun TV ni rosaklah warna dia tak mahu keluar. Betulkan Din, kau kan pakar bab adjust warna ni

Dalam keadaan mamai, dan mata yang berat serta otak yang tak begitu fokus, Budin bangun cuba memenuhi permintaan Gopal. 

Puas digodehnya TV tersebut namun siaran TV hanya berwarna hitam dan putih. 

Budin tak puas hati, dia rasa tercabar kerana tidak dapat membetulkan warna televisyen tersebut. 

Tidak lama kemudian Budin terdengar salah satu dialog drama dalam TV yang sedang cuba diperbaikinya. 

"Wal tumpuk tumpuk taik unta" 

Budin: Celaka kau Gopal! Ini cerita P Ramli patutlah tak ada warna! 
Gopal berlari sambil ketawa berdekah-dekah rancangannya untuk mengenakan Budin berjaya.

Lawak : Peminat Setia Aaron Aziz


haha. kesian bini Aaron Aziz. Tak baik Cinderella buat macam ni.

Gambar Rawak : Azam Tahun Baru

Apa azam tahun baru anda? ini adalah azam tahun baru yang ditulis oleh seseorang dan telah tersebar di internet baru baru ini.

sumber

Gambar Rawak : Muka Ada Aku Kisah?



Budak ni memang tak kisah pun. hehe

Gajet Rawak : LG Nexus 4 Launched.


Berita baik bagi peminat LG Nexus 4 di Malaysia. Hal ini kerana, DiGi bakal mengeluarkan smartphone terbaru dari Google, iaitu LG Nexus 4.

Telefon Pintar ini akan tiba pada 7 Januari 2013.
Maklumat lanjut boleh didapati di Laman web DiGi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...