JustForex

Cerita Lawak : Siaran Hitam Putih


Gopal dan Budin tinggal bersama di sebuah rumah bujang. Mereka berniaga sebagai penjual barangan terpakai. 

Gopal pandai membaiki perabot, manakala Budin pula pakar membaiki barangan elektrik. Jika ada perabot yang ingin dibaiki, Budin akan menyerahkan tugas itu kepada Gopal. 

Begitu jugalah sebaliknya jika ada barangan elektrik yang rosak, Gopal akan menyerahkan tugas itu kepada Budin. 

Barangan terpakai yang mereka perolehi sama ada perabot ataupun barangan elektrik, akan dibaiki terlebih dahulu sebelum dijual kepada pelanggan. 

Satu malam sekitar pukul 3 pagi, ketika Budin sedang nyenyak tidur, Gopal mengejutkan Budin dan memintanya membaiki televisyen. 

Gopal: Budin, bangun TV ni rosaklah warna dia tak mahu keluar. Betulkan Din, kau kan pakar bab adjust warna ni

Dalam keadaan mamai, dan mata yang berat serta otak yang tak begitu fokus, Budin bangun cuba memenuhi permintaan Gopal. 

Puas digodehnya TV tersebut namun siaran TV hanya berwarna hitam dan putih. 

Budin tak puas hati, dia rasa tercabar kerana tidak dapat membetulkan warna televisyen tersebut. 

Tidak lama kemudian Budin terdengar salah satu dialog drama dalam TV yang sedang cuba diperbaikinya. 

"Wal tumpuk tumpuk taik unta" 

Budin: Celaka kau Gopal! Ini cerita P Ramli patutlah tak ada warna! 
Gopal berlari sambil ketawa berdekah-dekah rancangannya untuk mengenakan Budin berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...