JustForex

Gajet Rawak : Senarai Telefon yang boleh direbat RM200



Jika anda boleh ingat pembentangan Bajet 2013 pada bulan September yang lepas, kerajaan telah mengumumkan RM 200 diskaun program untuk belia untuk membeli telefon pintar 3G. Inisiatif itu kemudian secara rasmi dikenali sebagai Pakej Komunikasi Belia yang akan bermula dari 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013 atau sehingga RM 300 juta peruntukan telah digunakan sepenuhnya.
Pakej Komunikasi Belia ini terbuka untuk belia yang berusia dari 21 hingga 30 tahun  dengan  pendapatan bulanan di bawah RM 3,000. Walaubagaimanapun, belia yang berhasrat menuntut pakej ini, mereka tidak sewenang-wenangnya boleh membeli sebarang telefon pintar 3G. Hanya telefon pintar yang terpilih sahaja yang boleh dibeli oleh belia.
Antaranya adalah:
  • Alcatel One Touch Inspire 2
  • The Buzz Phone
  • HTC Wildfire
  • Huawei Ideos X3
  • LG Optimus L3
  • Ninetology Black Pearl II
  • Ninetology Palette
  • Nokia 2730
  • Nokia 7230
  • Nokia Asha 305
  • Nokia Asha 308
  • Nokia C2-03
  • Nokia Lumia 610
  • Samsung Galaxy Chat
  • Samsung Galaxy Mini
  • Samsung Galaxy Pocket
  • Samsung Galaxy Y
  • Sony Xperia Tipo
  • ZTE Acqua
  • ZTE V790

In addition, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) juga memberitahu bahawa senarai telefon pintar ini juga akan berubah dari masa ke semasa.
Belia yang berminat dan layak boleh mendaftar di pakej ini di  nbi.mcmc.gov.my bermula 1 Januari 2013.

sumber : lowyat.netamanz.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...